Sesungguhnya Allah mengurniakan ke atas sesuatu kaum, lalu Dia mengilhamkan mereka kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله من على قوم، فألهمهم الخير، فأدخلهم في رحمته، وابتلى قوما، فخذلهم وذمهم على أفعالهم، فلم يستطيعوا أن يرحلوا عما ابتلاهم به، فعذبهم، وذلك عدله فيهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mengurniakan ke atas sesuatu kaum, lalu Dia mengilhamkan mereka kebaikan, lantas Dia memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya. Dia menguji sesuatu kaum, lalu Dia menghampakan mereka dan Dia mencela mereka atas perbuatan-perbuatan mereka, lantas mereka tidak mampu untuk beredar dari apa yang Dia uji mereka dengannya, justeru Dia mengazab mereka, dan itulah keadilan-Nya terhadap mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis nombor 9918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله من على قوم، فألهمهم الخير، فأدخلهم في رحمته، وابتلى قوما، فخذلهم وذمهم على أفعالهم، فلم يستطيعوا أن يرحلوا عما ابتلاهم به، فعذبهم، وذلك عدله فيهم)).
[الدارقطني في ((الأفراد))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، وفي ((طبقات الأصبهانيين))، فر، ((الضعيفة)) (1640)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mengurniakan ke atas sesuatu kaum, lalu Dia mengilhamkan mereka kebaikan, lantas Dia memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya. Dia menguji sesuatu kaum, lalu Dia menghampakan mereka dan Dia mencela mereka atas perbuatan-perbuatan mereka, lantas mereka tidak mampu untuk beredar dari apa yang Dia uji mereka dengannya, justeru Dia mengazab mereka, dan itulah keadilan-Nya terhadap mereka.
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Afrād, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān dan dalam Ṭabaqāt al-Aṣbahāniyyīn, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1640]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs