Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mengurniakan ke atas sesuatu kaum, lalu Dia mengilhamkan mereka kebaikan

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ مَنَّ على قومٍ، فأَلْهَمَهُمُ الخيرَ، فأَدْخَلَهم في رحمتِه، وابتَلَى قومًا، فخذلهم وذَمَّهم على أفعالِهم، فلم يستطيعوا أن يَرْحَلوا عما ابتلاهم به، فعَذَّبهم، وذلك عَدْلُه فيهم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah mengurniakan ke atas sesuatu kaum, lalu Dia mengilhamkan mereka kebaikan, lantas Dia memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya. Dia menguji sesuatu kaum, lalu Dia menghampakan mereka dan Dia mencela mereka atas perbuatan-perbuatan mereka, lantas mereka tidak mampu untuk beredar dari apa yang Dia uji mereka dengannya, justeru Dia mengazab mereka, dan itulah keadilan-Nya terhadap mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis no. 9918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله من على قوم، فألهمهم الخير، فأدخلهم في رحمته، وابتلى قوما، فخذلهم وذمهم على أفعالهم، فلم يستطيعوا أن يرحلوا عما ابتلاهم به، فعذبهم، وذلك عدله فيهم)). [الدارقطني في ((الأفراد))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، وفي ((طبقات الأصبهانيين))، فر، ((الضعيفة)) (1640)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mengurniakan ke atas sesuatu kaum, lalu Dia mengilhamkan mereka kebaikan, lantas Dia memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya. Dia menguji sesuatu kaum, lalu Dia menghampakan mereka dan Dia mencela mereka atas perbuatan-perbuatan mereka, lantas mereka tidak mampu untuk beredar dari apa yang Dia uji mereka dengannya, justeru Dia mengazab mereka, dan itulah keadilan-Nya terhadap mereka. [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Afrād, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān dan dalam Ṭabaqāt al-Aṣbahāniyyīn, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1640]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.