Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mengazab orang yang mengesakan Allah atas kekurangan iman mereka

Teks Bahasa Arab

إنَّ الله َيُعذِّبُ المُوَحِّدينَ علَى نقْصِ إِيمانِهِم، ويَرُدُّهُم إلى الجنَّةِ خُلُودًا دائِمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah mengazab orang yang mengesakan Allah atas kekurangan iman mereka, lalu mengembalikan mereka ke dalam syurga dalam keadaan kekal abadi selama-lamanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 468, hadis no. 2508.

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: «إن الله يعذب الموحدين على نقص إيمانهم، ويردهم إلى الجنة خلودا دائمين». [أبو سعيد المظفر بن الحسن في «الفوائد المنتقاة»، حل، «الضعيفة» (3155)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Allah mengazab orang yang mengesakan Allah atas kekurangan iman mereka, lalu mengembalikan mereka ke dalam syurga dalam keadaan kekal abadi selama-lamanya". [Riwayat Abū Sa‘īd al-Muẓaffar bin al-Ḥasan dalam al-Fawā’id al-Muntaqāh dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3155].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.