TEKS BAHASA ARAB
إن الله ليكفر عن المؤمن خطاياه كلها بحمى ليلة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa orang mukmin dengan demam yang menimpanya pada malam hari.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis nombor 10321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن الحسن يرفعه: إن الله ليكفر عن المؤمن خطاياه كلها بحمى ليلة.
[ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (6144)]
(Munkar)
Daripada al-Hasan, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa orang mukmin dengan demam yang menimpanya pada malam hari.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunia dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6144]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.