Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ ليُكفِّرُ عن المؤمنِ خطاياهُ كلَّها بحُمَّى ليلةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa orang mukmin dengan demam yang menimpanya pada malam hari.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis no. 10321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن يرفعه: إن الله ليكفر عن المؤمن خطاياه كلها بحمى ليلة. [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (6144)]
(Munkar) Daripada al-Hasan, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa orang mukmin dengan demam yang menimpanya pada malam hari. [Riwayat Ibn Abu al-Dunia dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6144]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman