TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الله أخذ الميثاق على كل مؤمن أن يبغض كل منافق، وعلى كل منافق، أن يبغض كل مؤمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Allah mengambil perjanjian ke atas setiap mukmin untuk membenci setiap munafik, dan setiap munafik untuk membenci setiap mukmin.
STATUS
Tidak ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 54, hadis nombor 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال علي قاري: لم يوجد.
Ali Qari berkata: Tidak ditemui.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.