Sesungguhnya Allah mengahwinkan aku dengan Maryam Binti Imran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله زوجني في الجنة مريم بنت عمران، وامرأة فرعون، وأخت موسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mengahwinkan aku dengan Maryam Binti Imran, isteri Fir’aun dan saudara perempuan Musa di Syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1904 hadis nombor 9565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن جنادة – رضي الله عنه -، قال: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، قال: إن الله زوجني في الجنة مريم بنت عمران، وامرأة فرعون، وأخت موسى.
[طب، ((الضعيفة)) (812، 5885)]

(Lemah)
Daripada Sa’d Bin Junadah RA, Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengahwinkan aku dengan Maryam Binti Imran, isteri Fir’aun dan saudara perempuan Musa di Syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 812, 5885]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.