Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ زوَّجَني في الجنَّةِ مَريمَ بنتَ عمرانَ، وامرأةَ فرعونَ، وأختَ موسَى.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah mengahwinkan aku dengan Maryam Binti Imran, isteri Fir’aun dan saudara perempuan Musa di Syurga.
Sahabat Perawi
- Sa’d Bin Junadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1904, hadis no. 9565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن جنادة رضي الله عنه ، قال: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، قال: إن الله زوجني في الجنة مريم بنت عمران، وامرأة فرعون، وأخت موسى. [طب، ((الضعيفة)) (812، 5885)]
(Lemah) Daripada Sa’d Bin Junadah RA, Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengahwinkan aku dengan Maryam Binti Imran, isteri Fir’aun dan saudara perempuan Musa di Syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 812, 5885]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman