Sesungguhnya Allah menciptakan roh dua ribu tahun sebelum jasad diciptakan, kemudian dia meletakkannya di bawah Arasy

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله خلق الأرواح قبل الأ جساد بألفي عام، ثم جعلها تحت العرش، ثم أمرها بالطاعة لي، فأول روح سلمت علي روح علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah menciptakan roh-roh dua ribu tahun sebelum jasad diciptakan, kemudian dia meletakkannya di bawah Arasy. Kemudian Dia mengarahkannya untuk taat kepadaku. Roh yang pertama memberi salam kepadaku adalah roh Ali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 382, hadis nombor 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الأزدي، عن علي مرفوعا، وفي إسناده: عبد الله بن أيوب بن أبي علاج، عن أبيه، وهما كذابان، وأورده ابن الجوزي في الموضوعات.

Diriwayatkan oleh al-Azdi, daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). PAda sanadnya terdapat Abdullah bin Ayub bin Abu Ilaj dari ayahnya. Kedua-dua mereka adalah pendusta. Ibn al-Jauzi menukilkannya dalam al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs