Sesungguhnya Allah menciptakan para Nabi daripada pelbagai pokok

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق الأنبياء من أشجار شتى، وخلقني وعليّاً من شجرة واحدة، فأنا أصلها، وعلي فرعها، والحسن والحسين ثمارها، وأشياعنا أوراقها، فمن تعلَّق بغصن من أغصانها؛ نجا، ومن زاغَ؛ هوى، ولو أن عبداً عَبَدَ الله عَزَّ وَجَلَّ بين الصفا والمروة ألف عام، ثم ألف عام، ثم ألف عام ولم يدرك محبتنا؛ إلا كبّه الله عَزَّ وَجَلَّ على منخريه في النار، ثم تلا: {قل لا أسألكم عليه أجراً إلا المودة في القربى}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menciptakan para Nabi daripada pelbagai pokok. Dia menciptakan aku dan Ali dari pohon yang sama. Aku ialah akar manakala Ali ialah ranting. Al-Hasan dan al-Husain ialah buahnya dan pengikut kami merupakan daun-daunnya. Sesiapa yang bergantung pada mana-mana dahan, dia akan terselamat. Sesiapa yang menyimpang, dia akan sesat. Jika ada seorang hamba yang beribadat kepada Allah di antara Safa dan Marwa selama seribu tahun kemudian seribu tahun lagi kemudian seribu tahun lagi dan dia tidak mencapai kecintaan kepada kami, Allah akan menelangkupkan hujung hidungnya dalam neraka. Kemudian Baginda membaca ayat: ‘Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)’.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1925 hadis nombor 9662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله خلق الأنبياء من أشجار شتى، وخلقني وعليا من شجرة واحدة، فأنا أصلها، وعلي فرعها، والحسن والحسين ثمارها، وأشياعنا أوراقها، فمن تعلق بغصن من أغصانها؛ نجا، ومن زاغ؛ هوى، ولو أن عبدا عبد الله عز وجل بين الصفا والمروة ألف عام، ثم ألف عام، ثم ألف عام ولم يدرك محبتنا؛ إلا أكبه الله عز وجل على منخريه في النار، ثم تلا: {قل لا أسألكم عليه أجراً إلا المودة في القربى}.
[ابن عساكر، الذهبي في ((الميزان))، ((الضعيفة)) (6254)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah al-Bahili RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan para Nabi daripada pelbagai pokok. Dia menciptakan aku dan Ali dari pohon yang sama. Aku ialah akar manakala Ali ialah ranting. Al-Hasan dan al-Husain ialah buahnya dan pengikut kami merupakan daun-daunnya. Sesiapa yang bergantung pada mana-mana dahan, dia akan terselamat. Sesiapa yang menyimpang, dia akan sesat. Jika ada seorang hamba yang beribadat kepada Allah di antara Safa dan Marwa selama seribu tahun kemudian seribu tahun lagi kemudian seribu tahun lagi dan dia tidak mencapai kecintaan kepada kami, Allah akan menelangkupkan hujung hidungnya dalam neraka. Kemudian Baginda membaca ayat: ‘Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)’.
[Riwayat Ibn Asakir, al-Dzahabi dalam al-Mizan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6254]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.