Sesungguhnya Allah menciptakan Nabi Adam, kemudian Dia mengusap belakang baginda, lalu mengeluarkan keturunan baginda daripadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق آدم ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذريته فقال: خلقت هؤلاء للجنة وبعمل أهل الجنة يعملون، ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذرية فقال: خلقت هؤلاء للنار وبعمل أهل النار يعملون، فقال رجل: يا رسول الله ! ففيم العمل؟ فقال: إن الله إذا خلق العبد للجنة استعمله بعمل أهل الجنة حتى يموت على عمل من أعمال أهل الجنة فيدخله الجنة، وإذا خلق العبد للنار استعمله بعمل أهل النار حتى يموت على عمل أهل النار فيدخله النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menciptakan Nabi Adam, kemudian Dia mengusap belakang baginda, lalu mengeluarkan keturunan baginda daripadanya. Maka Allah berfirman: "Aku telah menciptakan mereka untuk syurga dan mereka akan beramal dengan amalan penghuni syurga". Kemudian Allah mengusap belakang baginda lalu mengeluatkan keturunan (lain) daripadanya. Maka Allah berfirman: "Aku telah menciptakan mereka untuk neraka dan mereka akan beramal dengan amalan penghuni neraka". Lantas seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, lalu untuk apakah beramal?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah apabila Dia telah menciptakan seseorang hamba untuk syurga, nescaya Dia akan menjadikannya beramal dengan amalan penghuni syurga sehinggalah dia meninggal dunia ketika beramal dengan salah satu amalan penghuni syurga, lalu memasukkannya ke dalam syurga. Manakala apabila Dia menciptakan hamba untuk neraka, nescaya Dia akan menjadikannya beramal dengan amalan penghuni neraka sehinggalah dia meninggal dunia ketika beramal dengan amalan penghuni neraka, lalu memasukkannya ke dalam neraka”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 467, hadis nombor 2506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مسلم بن يسار الجهني أن عمر بن الخطاب سئل عن هذه الآية {وإذ أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم…} الآية [الأعراف: 172]؟ قال: سمعت رسول الله ﷺ يسأل عنها؟ فقال: «إن الله خلق آدم ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذريته فقال: خلقت هؤلاء للجنة وبعمل أهل الجنة يعملون، ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذرية فقال: خلقت هؤلاء للنار وبعمل أهل النار يعملون، فقال رجل: يا رسول الله! ففيم العمل؟ فقال: إن الله إذا خلق العبد للجنة استعمله بعمل أهل الجنة حتى يموت على عمل من أعمال أهل الجنة فيدخله الجنة، وإذا خلق العبد للنار استعمله بعمل أهل النار حتى يموت على عمل أهل النار فيدخله النار». [مالك، حم، د، ت، حب، ك، ابن عساكر، ابن أبي عاصم، «الضعيفة» (3071)].

(Lemah) Daripada Muslim bin Yasār al-Juhanī, bahawasanya Umar bin al-Khaṭṭāb RA telah ditanyakan tentang ayat ini: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri…" [al-A‘rāf ayat: 172]. Umar menjawab: Aku mendengar Rasulullah ﷺ ditanya tentangnya, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan Nabi Adam, kemudian Dia mengusap belakang baginda, lalu mengeluarkan keturunan baginda daripadanya. Maka Allah berfirman: "Aku telah menciptakan mereka untuk syurga dan mereka akan beramal dengan amalan penghuni syurga". Kemudian Allah mengusap belakang baginda lalu mengeluatkan keturunan (lain) daripadanya. Maka Allah berfirman: "Aku telah menciptakan mereka untuk neraka dan mereka akan beramal dengan amalan penghuni neraka". Lantas seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, lalu untuk apakah beramal?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah apabila Dia telah menciptakan seseorang hamba untuk syurga, nescaya Dia akan menjadikannya beramal dengan amalan penghuni syurga sehinggalah dia meninggal dunia ketika beramal dengan salah satu amalan penghuni syurga, lalu memasukkannya ke dalam syurga. Manakala apabila Dia menciptakan hamba untuk neraka, nescaya Dia akan menjadikannya beramal dengan amalan penghuni neraka sehinggalah dia meninggal dunia ketika beramal dengan amalan penghuni neraka, lalu memasukkannya ke dalam neraka”. [Riwayat Mālik dalam al-Muwaṭṭa’, Aḥmad dalam Musnadnya, Abū Dāwud dan al-Tirmidhī dalam Sunannya, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥiḥ, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3071].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.