Sesungguhnya Allah mencipta Adam

TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق آدم، فلما ذاق الشجرة؛ سقط عنه لباسه، فأول ما بدا منه عورته، فلما نظر إلى عورته؛ جعل يشتد في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mencipta Adam. Apabila baginda merasai (buah) pokok (yang dilarang) itu, maka pakaiannya terlucut daripadanya. Lalu perkara pertama yang terlihat daripadanya ialah auratnya. Tatkala Adam melihat auratnya, baginda terus berlari di dalam syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 426, hadis nombor 2295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بن كعب – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله خلق آدم، فلما ذاق الشجرة؛ سقط عنه لباسه، فأول ما بدا منه عورته، فلما نظر إلى عورته؛ جعل يشتد في الجنة». [ابن أبي حاتم في «التفسير»، «الضعيفة» (6033)].

(Lemah) Daripada Ubay bin Ka’b RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah mencipta Adam. Apabila baginda merasai (buah) pokok (yang dilarang) itu, maka pakaiannya terlucut daripadanya. Lalu perkara pertama yang terlihat daripadanya ialah auratnya. Tatkala Adam melihat auratnya, baginda terus berlari di dalam syurga". [Riwayat Ibn Abu Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6033].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs