Sesungguhnya Allah mencintai kelebihan dalam setiap perkara sehinggakan di dalam solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل يحب الفضل في كل شيء حتى في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah –azza wa jalla- mencintai kelebihan dalam setiap perkara sehinggakan di dalam solat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 272, hadis nombor 1412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو مرفوعا: ((‌إن ‌الله ‌عز ‌وجل ‌يحب ‌الفضل ‌في ‌كل ‌شيء ‌حتى ‌في ‌الصلاة)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (‌‌3069)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah –azza wa jalla- mencintai kelebihan dalam setiap perkara sehinggakan di dalam solat.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3069]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.