Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mencintai kelebihan dalam setiap perkara sehinggakan di dalam solat

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ عز وجل يحب الفضلَ في كلِّ شيءٍ حتى في الصلاةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah –azza wa jalla- mencintai kelebihan dalam setiap perkara sehinggakan di dalam solat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 272, hadis no. 1412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو مرفوعا: ((‌إن ‌الله ‌عز ‌وجل ‌يحب ‌الفضل ‌في ‌كل ‌شيء ‌حتى ‌في ‌الصلاة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (‌‌3069)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah –azza wa jalla- mencintai kelebihan dalam setiap perkara sehinggakan di dalam solat. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3069]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.