Hasan

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah menampakkan diri-Nya kepada semua makhluk secara umum dan menampakkan diri-Nya kepada Abu Bakar secara khusus

Teks Bahasa Arab

إِنَّ اللَّهَ يَتَجَلَّى لِلْخَلائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَامَّةً وَيَتَجَلَّى لأَبِي بَكْرٍ خَاصَّة.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah menampakkan diri-Nya kepada semua makhluk secara umum dan menampakkan diri-Nya kepada Abu Bakar secara khusus.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA
  2. Anas bin Malik RA
  3. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Hasan

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الْوَجِيز «إِنَّ اللَّهَ يَتَجَلَّى لِلْخَلائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَامَّةً وَيَتَجَلَّى لأَبِي بَكْرٍ خَاصَّة» أوردهُ عَن أنس وَجَابِر من طرق وَعَن أبي هُرَيْرَة بطرِيق وَاحِد وأعلت كلهَا وَعَن عَائِشَة وَلم يتَكَلَّم عَلَيْهِ قلت رجال حَدِيثهَا ثِقَات إِلَّا أَبَا قَتَادَة مُخْتَلف فِيهِ فَهُوَ على شَرط الْحسن.

Dalam kitab al-Wajiz: “Sesungguhnya Allah menampakkan diri-Nya kepada semua makhluk secara umum dan menampakkan diri-Nya kepada Abu Bakar secara khusus.” Ia diriwayatkan daripada Anas dan Jabir dari pelbagai jalur. Riwayat daripada Abu Hurairah pula diriwayatkan dengan satu jalur sahaja dan daripada Aisyah tidak ada yang bercakap berkenaan dengannya. Saya katakan: Perawi hadith ini adalah thiqah melainkan Abu Qatadah. Beliau adalah perawi yang mana para ulama berselisih berkenaan dengannya. Beliau menepati syarat perawi yang hasan.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.