TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الله منع القطر عن بني إسرائيل بسوء رأيهم في أنبيائهم، وإنه يمنع المطر عن هذه الأمة ببغضهم علي بن أبي طالب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Allah menahan turunya hujan ke atas Bani Israil kerana buruknya pandangan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka, hujan ditahan ke atas umat ini pula kerana mereka membenci Ali bin Talib.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 374-375, hadis nombor 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عَدِيٍّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا. وقال: وضعه الحسن بن عثمان ابن زياد. وقد رواه الديلمي من غير طريقه.
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Ia direka oleh al-Hasan bin Uthman bin Ziyad. Diriwayatkan juga oleh al-Dailami daripada selain jalannya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.