Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إن الله منع القطر عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ بِسُوءِ رَأْيِهِمْ فِي أَنْبِيَائِهِمْ، وَإِنَّهُ يُمْنَعُ الْمَطَرُ عَنْ هَذِهِ الأُمَّةِ بِبُغْضِهِمْ عَلِيَّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya Allah menahan turunya hujan ke atas Bani Israil kerana buruknya pandangan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka, hujan ditahan ke atas umat ini pula kerana mereka membenci Ali bin Talib.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 374-375, hadis no. 74. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عَدِيٍّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا. وقال: وضعه الحسن بن عثمان ابن زياد. وقد رواه الديلمي من غير طريقه.
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Ia direka oleh al-Hasan bin Uthman bin Ziyad. Diriwayatkan juga oleh al-Dailami daripada selain jalannya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman