Sesungguhnya Allah mempunyai tentera-tentera dalam kalangan malaikat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لله عز وجل سرايا من الملائكة تحل وتقف على مجالس الذكر في الأرض؛ فارتعوا في رياض الجنة . قالوا: وأين رياض الجنة ؟ قال: مجالس الذكر، فاغدوا وروحوا في ذكر الله عز وجل، وذكروه بأنفسكم، من كان يحب أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله عنده، فإن الله تعالى ينزل العبد منه حيث أنزله من نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai tentera-tentera dalam kalangan malaikat yang bertebaran lalu berhenti di majlis-majlis zikir di bumi, maka berusahalah kamu mendapatkan kebaikan di taman-taman syurga. Para sahabat bertanya: Di manakah taman-taman syurga itu? Baginda menjawab: Di majlis-majlis zikir. Maka pergilah ke majlis mengingati Allah ‘azzawajalla, serta ingatlah Allah ketika kamu bersendirian. Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka lihat bagaimana kedudukan Allah di sisinya. Kerana Allah merendahkan darjat seseorang hamba apabila dia merendahkan darjat Allah di sisinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2042, hadis nombor 10280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنَّ للَّهِ عزَّ وجلَّ سَرايا منَ الملائِكَةِ تحلُّ وتقفُ على مَجالسِ الذِّكرِ في الأرضِ؛ فارتَعوا في رياضِ الجنَّةِ . قالوا: وأينَ رياضُ الجنَّةِ ؟ قال: مَجالِسُ الذِّكرِ، فاغدوا وروحوا في ذِكْرِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ، وذكِّروه بأنفسِكُم، من كان يحبُّ أن يعلَمَ منزلتَهُ عندَ اللَّهِ فلينظُرْ كيفَ منزلةُ اللَّهِ عندَهُ، فإنَّ اللَّهَ تعالى يُنزِلُ العبدَ منهُ حيثُ أنزلَهُ مِن نَفسِهِ.
[ع، ابن حبان في ((الضعفاء))، البزار، ك، هب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5427، 6205)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah mempunyai tentera-tentera dalam kalangan malaikat yang bertebaran lalu berhenti di majlis-majlis zikir di bumi, maka berusahalah kamu mendapatkan kebaikan di taman-taman syurga. Para sahabat bertanya: Di manakah taman-taman syurga itu? Baginda menjawab: Di majlis-majlis zikir. Maka pergilah ke majlis mengingati Allah ‘azzawajalla, serta ingatlah Allah ketika kamu bersendirian. Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka lihat bagaimana kedudukan Allah di sisinya. Kerana Allah merendahkan darjat seseorang hamba apabila dia merendahkan darjat Allah di sisinya.
[Riwayat Abu Ya'la, Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa', al-Bazzar, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5427 dan 6205]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.