Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mempunyai sebilah pedang yang tersemat dalam sarungnya

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ لِلَّهَ سَيْفًا مَغْمُودًا فِي غِمْدِهِ، مَا دَامَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ حَيًّا. فَإِذَا قُتِلَ: جُرِّدَ ذَلِكَ السَّيْفُ فَلَمْ يُغْمَدْ إِلَى يوم القيامة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah mempunyai sebilah pedang yang tersemat dalam sarungnya, selagi Uthman bin Affan masih hidup. Apabila Uthman dibunuh, pedang itu dikeluarkan dan tidak disarungkan lagi sehingga hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 340-341, hadis no. 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا، وهو موضوع. والمتهم به: عمرو بن فائد، وفي إسناده: كذاب آخر.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), dan ia palsu. Perawi yang dituduh berdusta adalah Amru bin Faid. Pada sanadnya terdapat beberapa perawi lain yang berdusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.