Sesungguhnya Allah mempunyai satu malaikat yang akan menyeru pada setiap kali masuk waktu solat

TEKS BAHASA ARAB

إن لله تعالى ملكا ينادي عند كل صلاة: يا بنى آدم قوموا إلى نيرانكم التى أوقدتموها على أنفسكم فأطفئوها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai satu malaikat yang akan menyeru pada setiap kali masuk waktu solat: Wahai anak Adam, bangunlah menuju ke arah api-api yang kamu nyalakannya ke atas diri kamu dan padamkanlah ia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis nombor 1424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لله تعالى ملكا ينادي عند كل صلاة: يا بني آدم قوموا إلى نيرانكم التي أوقدتموها على أنفسكم فأطفئوها)).
[طس، حل، ابن بشران في الكراس الأخير من الجزء الثلاثين، ((الضعيفة)) (‌‌3057)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mempunyai satu malaikat yang akan menyeru pada setiap kali masuk waktu solat: Wahai anak Adam, bangunlah menuju ke arah api-api yang kamu nyalakannya ke atas diri kamu dan padamkanlah ia.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim, Ibn Bishran dalam al-Kiras al-Akhir Min al-Juz’ al-Thalathin. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3057]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs