Sesungguhnya Allah mempunyai para pejuang di bumi yang lebih baik daripada orang-orang syahid

TEKS BAHASA ARAB

إن لله تعالى مجاهدين في الأرض أفضل من الشهداء، أحياء مرزوقين، يمشون على الأرض، يباهي الله بهم ملائكة السماء، وتزين لهم الجنة كما تزينت أم سلمة لرسول الله -صلى الله عليه وسلم-، هم الآمرون بالمعروف والناهون عن المنكر، والمحبون في الله، والمبغضون في الله، والذي نفسي بيده إن العبد منهم ليكون في الغرفة فوق الغرفات، فوق غرف الشهداء، للغرفة منها ثلاثمائة ألف باب، منها الياقوت والزمرد الأخضر، على كل باب نور، وإن الرجل منهم ليتزوج بثلاثمائة ألف حوراء، قاصرات الطرف عين، كلما التفت إلى واحدة منهن فنظر إليها تقول له: أتذكر يوم كذا وكذا أمرت بالمعروف، ونهيت عن المنكر؟ كلما نظر إلى واحدة منهن ذكرت له مقاما أمر فيه بمعروف، ونهى فيه عن منكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai para pejuang di bumi yang lebih baik daripada orang-orang syahid. Mereka hidup dengan kurniaan rezeki. Mereka berjalan di muka bumi dan Allah menyebut perihal mereka kepada para malaikat langit. Syurga pula berhias untuk mereka sebagaimana Ummu Salamah berhias untuk Rasulullah SAW. Mereka ialah orang-orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, juga orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah, serta orang-orang yang membenci (kemungkaran) kerana Allah. Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya setiap seorang daripada kalangan mereka akan berada di dalam satu bilik daripada bilik-bilik, yang kedudukannya lebih tinggi daripada bilik orang-orang syahid (di syurga). Setiap bilik ada 300 ribu pintu, antaranya (diperbuat) daripada batu permata Yaqut dan zamrud hijau. Pada setiap pintu ada cahaya. Sesungguhnya setiap lelaki daripada kalangan mereka (akan) berkahwin dengan 300 ribu bidadari yang menundukkan pandangan matanya. Setiap kali dia menoleh kepada salah seorang bidadari-bidadari tersebut, ia (bidadari) akan berkata kepadanya: “Ingatkah kamu pada hari sekian dan sekian kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Setiap kali dia melihat kepada salah satu daripada mereka, ia (bidadari) akan menyebutkan kepadanya peristiwa dia menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 977, hadis nombor 5035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) ((إن لله تعالى مجاهدين في الأرض أفضل من الشهداء، أحياء مرزوقين، يمشون على الأرض، يباهي الله بهم ملائكة السماء، وتزين لهم الجنة كما تزينت أم سلمة لرسول الله – صلى الله عليه وسلم-، هم الآمرون بالمعروف والناهون عن المنكر، والمحبون في الله، والمبغضون في الله، والذي نفسي بيده إن العبد منهم ليكون في الغرفة فوق الغرفات، فوق غرف الشهداء، للغرفة منها ثلاثمائة ألف باب، منها الياقوت والزمرد الأخضر، على كل باب نور، وإن الرجل منهم ليتزوج بثلاثمائة ألف حوراء، قاصرات الطرف عين، كلما التفت إلى واحدة منهن فنظر إليها تقول له: أتذكر يوم كذا وكذا أمرت بالمعروف، ونهيت عن المنكر؟ كلما نظر إلى واحدة منهن ذكرت له مقاما أمر فيه بمعروف، ونهى فيه عن منكر)).[((الضعيفة)) (603)]

(Tiada asalnya) Sesungguhnya Allah mempunyai para pejuang di bumi yang lebih baik daripada orang-orang syahid. Mereka hidup dengan kurniaan rezeki. Mereka berjalan di muka bumi dan Allah menyebut perihal mereka kepada para malaikat langit. Syurga pula berhias untuk mereka sebagaimana Ummu Salamah berhias untuk Rasulullah SAW. Mereka ialah orang-orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, juga orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah, serta orang-orang yang membenci (kemungkaran) kerana Allah. Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya setiap seorang daripada kalangan mereka akan berada di dalam satu bilik daripada bilik-bilik, yang kedudukannya lebih tinggi daripada bilik orang-orang syahid (di syurga). Setiap bilik ada 300 ribu pintu, antaranya (diperbuat) daripada batu permata Yaqut dan zamrud hijau. Pada setiap pintu ada cahaya. Sesungguhnya setiap lelaki daripada kalangan mereka (akan) berkahwin dengan 300 ribu bidadari yang menundukkan pandangan matanya. Setiap kali dia menoleh kepada salah seorang bidadari-bidadari tersebut, ia (bidadari) akan berkata kepadanya: “Ingatkah kamu pada hari sekian dan sekian kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Setiap kali dia melihat kepada salah satu daripada mereka, ia (bidadari) akan menyebutkan kepadanya peristiwa dia menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 603]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.