Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang akan turun (ke dunia) pada setiap malam untuk menghilangkan kepenatan dan kekotoran

Teks Bahasa Arab

إنَّ للهِ -تعالى- ملائكةً ينزلونَ في كلِّ ليلةٍ يحبسون الكلالَ عن دوابِّ الغُزاةِ، إلا دابةً في عنقِها جرسٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang akan turun (ke dunia) pada setiap malam untuk menghilangkan kepenatan dan kekotoran pada binatang-binatang (tunggangan) para pahlawan perang melainkan binatang yang dipakaikan loceng padanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 443, hadis no. 2370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء -رضي االله عنه - ، قال: قال ﷺ : «إن لله- تعالى - ملائكة ينزلون في كل ليلة يحسون الكلال عن دواب الغزاة، إلا دابة في عنقها جرس». [طب، «الضعيفة» (7116)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang akan turun (ke dunia) pada setiap malam untuk menghilangkan kepenatan dan kekotoran pada binatang-binatang (tunggangan) para pahlawan perang melainkan binatang yang dipakaikan loceng padanya.” [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7116].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.