Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang diutuskan kepada orang yang mengucapkan: 'Wahai Tuhan Yang Amat Pemurah!'

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملكا موكلا بمن يقول: يا أرحم الراحمين! فمن قالها ثلاثا قال الملك: إن أرحم الراحمين قد أقبل عليك فاسأل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang diutuskan kepada orang yang mengucapkan: ‘Wahai Tuhan Yang Amat Pemurah!’. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak tiga kali, malaikat tersebut berkata: Sesungguhnya Tuhan Yang Paling Pemurah telah memandangmu, maka mintalah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis nombor 7392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لله ملكا موكلا بمن يقول: يا أرحم الراحمين! فمن قالها ثلاثا قال الملك: إن أرحم الراحمين قد أقبل عليك فاسأل)). [ك، ((الضعيفة)) (3200)]

(Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang diutuskan kepada orang yang mengucapkan: ‘Wahai Tuhan Yang Amat Pemurah!’. Barang siapa yang mengucapkannya sebanyak tiga kali, malaikat tersebut berkata: Sesungguhnya Tuhan Yang Paling Pemurah telah memandangmu, maka mintalah.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3200]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs