Sesungguhnya Allah mempunyai kaum yang dikhususkan dengan nikmat untuk manfaat para hamba (yang lain)

TEKS BAHASA ARAB

إن لله أقواما اختصهم بالنعم لمنافع العباد يقرها فيهم ما بذلوها، فإذا منعوها نزعها عنهم وحولها إلى غيرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sungguh diantara makhluk Allah ada yang Dia khususkan dengan berbagai nikmat untuk kemanfaatan hamba (yang lain). Allah berikan nikmat itu kepada mereka selama mereka menyalurkan nikmat tersebut (kepada orang lain). Apabila mereka tidak mahu menyalurkannya maka Allah cabut nikmat itu dan Allah gantikan (pemberian nikmat itu) kepada orang lain.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 874, hadis nombor 4479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر-رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لله أقواما اختصهم بالنعم لمنافع العباد يقرها فيهم ما بذلوها، فإذا منعوها نزعها عنهم وحولها إلى غيرهم)). [هب، ((الضعيفة)) (2627)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sungguh diantara makhluk Allah ada yang Dia khususkan dengan berbagai nikmat untuk kemanfaatan hamba (yang lain). Allah berikan nikmat itu kepada mereka selama mereka menyalurkan nikmat tersebut (kepada orang lain). Apabila mereka tidak mahu menyalurkannya maka Allah cabut nikmat itu dan Allah gantikan (pemberian nikmat itu) kepada orang lain.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 2627].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs