Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للهِ أقوامًا اختَّصهم بالنِّعمِ لمنافعِ العبادِ يقرُّها فيهم ما بذَلوها، فإذا منعوها نزعَها عنهم وحوَّلَها إلى غيرِهم.
Teks Bahasa Melayu
Sungguh diantara makhluk Allah ada yang Dia khususkan dengan berbagai nikmat untuk kemanfaatan hamba (yang lain). Allah berikan nikmat itu kepada mereka selama mereka menyalurkan nikmat tersebut (kepada orang lain). Apabila mereka tidak mahu menyalurkannya maka Allah cabut nikmat itu dan Allah gantikan (pemberian nikmat itu) kepada orang lain.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 874, hadis no. 4479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر-رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لله أقواما اختصهم بالنعم لمنافع العباد يقرها فيهم ما بذلوها، فإذا منعوها نزعها عنهم وحولها إلى غيرهم)). [هب، ((الضعيفة)) (2627)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sungguh diantara makhluk Allah ada yang Dia khususkan dengan berbagai nikmat untuk kemanfaatan hamba (yang lain). Allah berikan nikmat itu kepada mereka selama mereka menyalurkan nikmat tersebut (kepada orang lain). Apabila mereka tidak mahu menyalurkannya maka Allah cabut nikmat itu dan Allah gantikan (pemberian nikmat itu) kepada orang lain.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 2627].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman