Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba

Teks Bahasa Arab

إنَّ للَّهِ عبادًا يجلسُهم الله يومَ القيامةِ على منابرَ من نورٍ، يغشى وجوهَهمُ النُّورُ حتَّى يفرغَ من حسابِ الخلائقِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang mana pada hari Kiamat, Dia meletakkan mereka duduk di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dan cahaya tersebut melitupi wajah mereka sehingga tamat proses hisab semua makhluk.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1905, hadis no. 9569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: إن لله عبادا يجلسهم الله يوم القيامة على منابر من نور ويغشى وجوههم النور، حتى يفرغ من حساب الخلائق. [طب، ((الضعيفة)) (5534)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang mana pada hari Kiamat, Dia meletakkan mereka duduk di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dan cahaya tersebut melitupi wajah mereka sehingga tamat proses hisab semua makhluk. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5534]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.