Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya berteleku di bawah Arasy-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إِنَّ لِلَّهِ دِيكًا عُنُقُهُ مَطْوِيَّةٌ تَحْتَ الْعَرْشِ ورجلاه في التخوم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya berteleku di bawah Arasy-Nya sedangkan kedua-dua kakinya bertenggek di batas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْهَا: سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ[1]

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya[2].

Antara contoh yang disebutkan juga oleh beliau ialah (hadis no. 78),

وَحَدِيثِ “إِنَّ لِلَّهِ دِيكًا عُنُقُهُ مَطْوِيَّةٌ تَحْتَ الْعَرْشِ ورجلاه في التخوم”. [3]

Contoh lain adalah:

“Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya berteleku di bawah Arasy-Nya sedangkan kedua-dua kakinya bertenggek di batas.” [4]

Berikut adalah komentar terhadap hadis ini dari notakaki buku  terjemahan nya yang berjudul Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu,

Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/139).


 

[1] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, ed. ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah (Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970), hal. 54.

[2] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, ed. Solehah Abu Bakar (Selangor: Kemilau Publika, 2015), hal. 45-46.

[3] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, hal. 55

[4] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, hal. 50

 

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Edited by ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.