Sesungguhnya Allah memiliki seratus tujuh belas syariat

TEKS BAHASA ARAB

إن لله مئة وسبع عشرة شريعة، من وافاه بخلق منها دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memiliki seratus tujuh belas syariat. Sesiapa yang menunaikan kepada-Nya dengan suatu akhlak daripadanya, nescaya dia akan masuk ke dalam syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 469, hadis nombor 2515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عثمان – رضي الله عنه – مرفوعا: «إن لله مئة وسبع عشرة شريعة، من وافاه بخلق منها دخل الجنة». [البزار، هب، الرافعي، «الضعيفة» (3198)].

(Sangat Lemah) Daripada Uthmān RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Allah memiliki seratus tujuh belas syariat. Sesiapa yang menunaikan kepada-Nya dengan suatu akhlak daripadanya, nescaya dia akan masuk ke dalam syurga". [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3198].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.