Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah memiliki seorang malaikat bernama ‘Umarah

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: إِن لله ملكا اسْمه عمَارَة على فرس من ياقوت، طوله مد بَصَره يَدُور على الفلوات وَيقف فِي الْأَسْوَاق يُنَادي: ليغلوا كَذَا وَكَذَا وليرخص كَذَا وَكَذَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya Allah memiliki seorang malaikat bernama ‘Umarah. Dia menunggang kuda daripada batu yaqut. Ketinggiannya adalah sejauh penglihatannya. Malaikat itu berdiri di pasar-pasar dan menyeru: "Naikkanlah harga barang ini dan itu, turunkanlah harga barang ini dan itu".

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 57, hadis no. 112. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل وافتراء.

Batil dan rekaan.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.