Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu

Teks Bahasa Arab

إنَّ للَّهِ تسعةً وتسعينَ اسمًا، مائةً غيرَ واحدٍ، ما مِن عبدٍ يدعو بِهذِهِ الأسماءِ إلَّا وجَبت لهُ الجنَّةُ، إنَّهُ وترٌ يحبُّ الوترَ: هوَ اللَّهُ الَّذي لا إلَهَ إلَّا هوَ الرَّحمنُ الرَّحيمُ، الملِكُ، القدُّوسُ، السَّلامُ... إلى قولِهِ: الرَّشيدُ الصَّبورُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Tidak ada seorang hamba yang berdoa dengan nama-nama ini melainkan wajib baginya syurga. Sesungguhnya Dia itu tunggal dan suka kepada bilangan ganjil. Dialah Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera… sehingga katanya: Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Sabar.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 465, hadis no. 2495.

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: «إن لله تسعة وتسعين اسما، مائة غير واحد، ما من عبد يدعو بهذه الأسماء إلا وجبت له الجنة، إنه وتر يحب الوتر: هو الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم، الملك، القدوس، السلام... إلى قوله: الرشيد الصبور». [حل، «الضعيفة» (2563)].

(Lemah) Daripada Ali bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Tidak ada seorang hamba yang berdoa dengan nama-nama ini melainkan wajib baginya syurga. Sesungguhnya Dia itu tunggal dan suka kepada bilangan ganjil. Dialah Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera… sehingga katanya: Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Sabar. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2563].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.