Sesungguhnya Allah memiliki segolongan hamba yang Dia pelihara mereka daripada pembunuhan

TEKS BAHASA ARAB

إن لله عبادا يضن بهم عن القتل، ويطيل أعمارهم في حسن العمل، ويحسن أرزاقهم، ويحييهم في عافية، ويقبض أرواحهم في عافية [على الفرش]، ويبعثهم في عافية، ويعطيهم منازل الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memiliki segolongan hamba yang Dia pelihara mereka daripada pembunuhan, memanjangkan umur mereka dalam amalan yang baik, memperelokkan rezeki mereka, menghidupkan mereka dalam keafiatan, mencabut nyawa mereka dalam keafiatan [di atas tilam], membangkitkan mereka dalam keafiatan dan mengurniakan kepada mereka kedudukan golongan syuhada.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 469, hadis nombor 2514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: «إن لله عبادا يضن بهم عن القتل، ويطيل أعمارهم في حسن العمل، ويحسن أرزاقهم، ويحييهم في عافية، ويقبض أرواحهم في عافية [على الفرش]، ويبعثهم في عافية، ويعطيهم منازل الشهداء». [طب، ابن طهمان في «المشيخة»، أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة» (3197)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas‘ūd RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Allah memiliki segolongan hamba yang Dia pelihara mereka daripada pembunuhan, memanjangkan umur mereka dalam amalan yang baik, memperelokkan rezeki mereka, menghidupkan mereka dalam keafiatan, mencabut nyawa mereka dalam keafiatan [di atas tilam], membangkitkan mereka dalam keafiatan dan mengurniakan kepada mereka kedudukan golongan syuhada". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn Ṭahmān dalam al-Mashaykhah dan Abū Nu‘aym dalam al-Ṭibb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3197].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs