Sesungguhnya Allah memiliki segolongan hamba yang Dia pelihara mereka daripada bala ujian

TEKS BAHASA ARAB

إن لله عبادا يضن بهم عن البلاء، يحييهم في عافية، ويميتهم في عافية، ويدخلهم الجنة في عافية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memiliki segolongan hamba yang Dia pelihara mereka daripada bala ujian, Dia menghidupkan mereka dalam keafiatan, mematikan mereka dalam keafiatan dan memasukkan mereka ke dalam syurga dalam keafiatan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 468-469, hadis nombor 2513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن لله عبادا يضن بهم عن البلاء، يحييهم في عافية، ويميتهم في عافية، ويدخلهم الجنة في عافية». [الرافعي، «الضعيفة» (3314)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah memiliki segolongan hamba yang Dia pelihara mereka daripada bala ujian, Dia menghidupkan mereka dalam keafiatan, mematikan mereka dalam keafiatan dan memasukkan mereka ke dalam syurga dalam keafiatan". [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3314].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs