Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لله ملائكةً تغدُو براياتِهَا إلى المسَاجِدِ، فيدخُلُون مع أول داخِلٍ، ويخرُجُونَ مع آخرِ خارج.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya, Allah memiliki malaikat yang pergi dengan membawa panji-panji ke masjid-masjid. Mereka masuk bersama orang yang awal masuk dan mereka keluar bersama yang terakhir keluar.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis no. 1683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إنَّ لله ملائكةً تغدُو براياتِهَا إلى المسَاجِدِ، فيدخُلُون مع أول داخِلٍ، ويخرُجُونَ مع آخرِ خارج)). [ الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5541) ]
(Terlalu Daif) Dari Abu Umamah RA, dia berkata, Rasulullah SAW, telah bersabda: Sesungguhnya, Allah memiliki malaikat yang pergi dengan membawa panji-panji ke masjid-masjid. Mereka masuk bersama orang yang awal masuk dan mereka keluar bersama yang terakhir keluar. [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab Musnad al-Shamiyin, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5541]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman