Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang keluasan kedua kelopak matanya adalah seperti perjalanan 500 tahun

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن لله ملكا بين شفري عينيه مسيرة خمسمائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang keluasan kedua kelopak matanya adalah seperti perjalanan 500 tahun.

STATUS

Tidak Ditemui Asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 56, hadis nombor 111. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: لم يوجد له أصل.

Ali Qari berkata: Tidak dijumpai asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs