Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang diperbuat daripada batu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن لله ملكا من حجارة يقال له: عمارة، ينزل على حمار من حجارة ليسعر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang diperbuat daripada batu. Nama malaikat itu ialah ‘Umarah. Dia turun ke atas keldai yang terbuat daripada batu untuk menetapkan harga.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 57, hadis nombor 113. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل وافتراء.

Batil dan rekaan.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs