Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للهِ في كلِّ يومٍ ثلاثَ مئةٍ وستينَ نظرةً؛ لا ينظرُ فيها إلى صاحبِ الشاهِ. يعني: الشَّطرنجَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah memiliki 360 pandangan dan Dia tidak memandang kepada pemilik golongan Raja. Yang bermaksud: Catur.
Sahabat Perawi
- Wasilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis no. 10157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه - مرفوعا: إن لله في كل يوم ثلاث مئة وستين نظرة، لا ينظر فيها إلى صاحب الشاه. يعني: الشطرنج. [إبن حبان في ((الضعفاء))، وأورده ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4048)]
(Palsu) Daripada Wasilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah memiliki 360 pandangan dan Dia tidak memandang kepada pemilik golongan Raja. Yang bermaksud: Catur. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan di sebut juga oleh Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4048]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman