Sesungguhnya Allah memilih para sahabat aku berbanding orang lain di dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن اللهَ اختار أصحابي على العالمين؛ سوى النبيين والمرسلين، واختار لي من أصحابي أربعة – يعني: أبا بكر، وعمر، وعثمان، وعليا، رحمهم الله! – فجعلهم أصحابي. وقال في أصحابي: كلهم خير. واختار أمتي على الأمم، واختار من أمتي أربعة قرون: القرن، الأول، والثاني، والثالث، والرابع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memilih para sahabat aku berbanding orang lain di dunia selain para Nabi dan Rasul. Dalam kalangan sahabat aku, Allah memilih untuk aku empat orang iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Semoga Allah merahmati mereka. Allah menjadikan mereka sahabat aku. Dia berkata tentang sahabat aku: Mereka semua baik. Allah memilih umat aku berbanding umat yang lain. Dan Dia memilih dalam kalangan umat aku empat kurun iaitu kurun yang pertama, kedua, ketiga dan keempat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1924 hadis nombor 9660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: إن اللهَ اختار أصحابي على العالمين؛ سوى النبيين والمرسلين، واختار لي من أصحابي أربعة – يعني: أبا بكر، وعمر، وعثمان، وعليا، رحمهم الله! – فجعلهم أصحابي. وقال في أصحابي: كلهم خير. واختار أمتي على الأمم، واختار من أمتي أربعة قرون: القرن، الأول، والثاني، والثالث، والرابع.
[البزار، ((الضعيفة)) (6123)]

(Lemah)
Daripada Jabir Bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memilih para sahabat aku berbanding orang lain di dunia selain para Nabi dan Rasul. Dalam kalangan sahabat aku, Allah memilih untuk aku empat orang iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Semoga Allah merahmati mereka. Allah menjadikan mereka sahabat aku. Dia berkata tentang sahabat aku: Mereka semua baik. Allah memilih umat aku berbanding umat yang lain. Dan Dia memilih dalam kalangan umat aku empat kurun iaitu kurun yang pertama, kedua, ketiga dan keempat.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6123]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.