Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah memfardukan kepada bani Israil puasa sehari dalam setahun

Teks Bahasa Arab

حديث: إن الله افترض على بني إسرائيل صوم يوم في السنة وهو يوم عاشوراء وهو اليوم العاشر من المحرم فصوموه ووسعوا على أهليكم فإنه اليوم الذي تاب الله فيه على آدم _ إلخ .

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah memfardukan kepada bani Israil puasa sehari dalam setahun iaitu pada hari ‘Asyura iaitu hari ke-sepuluh daripada bulan Muharram, maka berpuasalah dan berilah keluasan kepada kaum keluarga kamu kerana ia adalah hari dimana Allah menerima taubat Nabi Adam AS… hingga akhir hadis.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96-97, hadis no. 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ناصر عن أبي هريرة مرفوعا وساقه في اللآلىء مطولا وفيه من الكذب على الله وعلى رسوله: ما يقشعر له الجلد فلعن الله الكذابين وهو موضوع بلا شك.

Ibn Nasir meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan disebutkan dalam kitab al-La’ali dengan panjang lebar. Di dalam hadith ini terdapat pendustaan terhadap Allah dan rasulnya, yang menakutkan, Allah melaknat orang yang berdusta. Hadith ini palsu tanpa ragu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.