Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk merujuk semula Hafsah kerana kasihan kepada ‘Umar

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يأمرك أن تراجع حفصة رحمة لعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk merujuk semula Hafsah kerana kasihan kepada ‘Umar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1082, hadis nombor 5511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عقبة بن عامر الجهني رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم طلق حفصة. فبلغ ذلك عمر بن الخطاب رضي الله عنه فوضع التراب على وجهه فقال: ما يعبأ الله بك يا ابن الخطاب بعد هذا فنزل جبريل عليه السلام فقال: إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَأْمُرُكَ أَنْ تُرَاجِعَ حَفْصَةَ رَحْمَةً لِعُمَرَ. [طب، الضعيفة (6340)]

(Palsu) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani RA, bahawa Nabi SAW telah menceraikan Hafsah. Berita tersebut sampai ke pengetahuan ‘Umar bin al-Khattab, lantas beliau menaburkan pasir ke wajahnya, sambil merintih: Allah pastinya tidak mempedulikan kamu lagi selepas ini, wahai anak al-Khattab. Lalu Jibril AS turun dan berkata kepada Nabi SAW, Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk merujuk semula Hafsah kerana kasihan kepada ‘Umar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6340]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs