TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الله أمرني أن أزوج فاطمة من علي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Allah memerintahkan aku mengahwinkan Fatimah dengan Ali.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 390-391, hadis nombor 114. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أنس مطولا مرفوعا، وهو موضوع، وضعه محمد ابن دينار العوفي.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara panjang dan marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Ia direka oleh Muhammad bin Dinar al-Aufi.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.