Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah memerintahkan aku mengahwinkan Fatimah dengan Ali

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ أَمَرَنِي أَنْ أُزَوِّجَ فَاطِمَةَ مِنْ عَلِيٍّ _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah memerintahkan aku mengahwinkan Fatimah dengan Ali.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 390-391, hadis no. 114. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مطولا مرفوعا، وهو موضوع، وضعه محمد ابن دينار العوفي.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara panjang dan marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Ia direka oleh Muhammad bin Dinar al-Aufi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.