Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنّ اللَّهَ أعطاني اللَّيلةَ الكَنزينِ كنزَ فارسَ والرُّومِ وأمدَّني بالملوكِ ملوكِ حِميَرَ الأحمرينَ ولا ملِكَ إلَّا اللَّهُ يَأتونَ يأخُذونَ من مالِ اللَّهِ ويقاتِلونَ في سبيلِ اللَّهِ . قالها ثلاثًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah memberiku pada malam ini dua harta karun; harta karun Parsi dan Rom. Dan Dia telah menambahku dengan raja-raja; raja-raja Himyar al-Ahmarain. Tiadalah kerajaan kecuali milik Allah. Mereka datang dan mengambil daripada harta Allah, mereka berperang di jalan Allah. Baginda berkata sedemikian sebanyak tiga kali.
Sahabat Perawi
- Seorang lelaki dari Khath’am
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis no. 5096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
5096-76- (ضعيف) عن رجل من خثعم، قال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك، فوقف ذات ليلة، واجتمع عليه أصحابه، فقال: إن الله أعطاني الليلة الكنزين: كنز فارس والروم، وأمدني بالملوك ملوك حمير الأحمرين، ولا ملك إلا لله، يأتون يأخذون من مال الله، ويقاتلون في سبيل الله. قالها ثلاثاً. [حم، ((الضعيفة)) (3050)]
(Lemah) Daripada seorang lelaki dari Khath’am berkata: Dahulu, kami bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk. Pada satu malam, baginda berdiri dan mengumpulkan sahabatnya lalu berkata: Sesungguhnya Allah memberiku pada malam ini dua harta karun; harta karun Parsi dan Rom. Dan Dia telah menambahku dengan raja-raja; raja-raja Himyar al-Ahmarain. Tiadalah kerajaan kecuali milik Allah. Mereka datang dan mengambil daripada harta Allah, mereka berperang di jalan Allah. Baginda berkata sedemikian sebanyak tiga kali. [Riwayat Ahmad dalam Musnad. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3050]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman