Sesungguhnya Allah memberikan kepada Nabi SAW tujuh tempat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى أعطاني: (السبع) .. مكان (التوراة) ، وأعطاني: (الراآت) إلى: (الطواسين) .. مكان (الإنجيل) ، وأعطاني ما بين: (الطواسين) إلى: (الحواميم) .. مكان (الزبور) ، وفضلني بـ: (الحواميم) و (المفصل) ؛ ما قرأهن نبي من قبلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memberikan kepadaku al-Sab’ (al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat) sebagai pengganti Taurat. Dan Dia memberikanku (al-Raa’at) sehingga (al-Thawasin) menggantikan (Injil). Dan Dia memberikanku apa yang ada di antara (al-Thawasin) sehingga (al-Hawamim) menggantikan (al-Zabur). Dan Dia memuliakan aku dengan (al-Hawamim) dan (al-Mufassal) yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana Nabi sebelumku.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis nombor 7993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس- رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله تعالى أعطاني: (السبع) .. مكان (التوراة) ، وأعطاني: (الراءات) إلى: (الطواسين) .. مكان (الإنجيل) ، وأعطاني ما بين: (الطواسين) إلى: (الحواميم) .. مكان (الزبور) ، وفضلني بـ: (الحواميم) و (المفصل) ؛ ما قرأهن نبي من قبلي)). [ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (7081)].

(Sangat Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah memberikan kepadaku al-Sab’ (al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat) sebagai pengganti Taurat. Dan Dia memberikanku (al-Raa’at) sehingga (al-Thawasin) menggantikan (Injil). Dan Dia memberikanku apa yang ada di antara (al-Thawasin) sehingga (al-Hawamim) menggantikan (al-Zabur). Dan Dia memuliakan aku dengan (al-Hawamim) dan (al-Mufassal) yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana Nabi sebelumku.))
[Riwayat Ibn Nasr di dalam Kitab Qiyam al-Lail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7081].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs