Classification icon

Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah memberikan kepada Nabi SAW tujuh tempat

Teks Bahasa Arab

إِنَّ اللَّهَ تعالى أَعْطَانِي: (السَّبْعَ) .. مَكَانَ (التَّوْرَاةِ) ، وَأَعْطَانِي: (الرَّاءَاتِ) إلى: (الطَّوَاسِينَ) .. مكان (الْإِنْجِيلِ) ، وَأَعْطَانِي مَا بَيْنَ: (الطَّوَاسِينَ) إِلَى: (الْحَوَامِيمِ) .. مَكَانَ (الزَّبُورِ) ، وَفَضَّلَنِي بِـ: (الْحَوَامِيمِ) وَ (الْمُفَصَّلِ) ؛ مَا قَرَأَهُنَّ نَبِيٌّ مِنْ قَبْلِي.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah memberikan kepadaku al-Sab' (al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat) sebagai pengganti Taurat. Dan Dia memberikanku (al-Raa’at) sehingga (al-Thawasin) menggantikan (Injil). Dan Dia memberikanku apa yang ada di antara (al-Thawasin) sehingga (al-Hawamim) menggantikan (al-Zabur). Dan Dia memuliakan aku dengan (al-Hawamim) dan (al-Mufassal) yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana Nabi sebelumku.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis no. 7993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس- رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله تعالى أعطاني: (السبع) .. مكان (التوراة) ، وأعطاني: (الراءات) إلى: (الطواسين) .. مكان (الإنجيل) ، وأعطاني ما بين: (الطواسين) إلى: (الحواميم) .. مكان (الزبور) ، وفضلني بـ: (الحواميم) و (المفصل) ؛ ما قرأهن نبي من قبلي)). [ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (7081)].

(Sangat Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah memberikan kepadaku al-Sab' (al-Fatihah yang mempunyai 7 ayat) sebagai pengganti Taurat. Dan Dia memberikanku (al-Raa’at) sehingga (al-Thawasin) menggantikan (Injil). Dan Dia memberikanku apa yang ada di antara (al-Thawasin) sehingga (al-Hawamim) menggantikan (al-Zabur). Dan Dia memuliakan aku dengan (al-Hawamim) dan (al-Mufassal) yang tidak pernah dibaca oleh mana-mana Nabi sebelumku.)) [Riwayat Ibn Nasr di dalam Kitab Qiyam al-Lail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7081].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.