Sesungguhnya Allah memberikan kekuasaan ke atas anak Adam itu kepada sesiapa yang ditakuti oleh anak Adam

TEKS BAHASA ARAB

إنما يسلط الله على ابن آدم من خافه ابن آدم، ولو أن ابن آدم لم يخف غير الله لم يسلط الله عليه أحدا وإنما وكل ابن آدم لمن رجا ابن آدم، ولو أن ابن آدم لم يرج إلا الله لم يكله الله إلى غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memberikan kekuasaan ke atas anak Adam itu kepada sesiapa yang ditakuti oleh anak Adam. Sekiranya anak Adam itu tidak takut kepada selain Allah, Allah tidak akan menguasakan sesiapa pun ke atasnya. Hanya sanya diberikan tugasan kepada anak Adam itu kepada orang yang diharapkan oleh anak Adam. Sekiranya anak Adam itu tidak berharap melainkan kepada Allah, Allah tidak akan menyerahkannya kepada selain Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 469, hadis nombor 2517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أنه خرج في سفر له، فبينما هو يسير؛ إذا قوم وقوف، فقال: ما بال هؤلاء؟ قالوا: أسد على الطريق قد أخافهم، فنزل عن دابته، ثم مشى إليه حتى أخذ بأذنه فعركها، ثم قفد قفاه ونحاه عن الطريق، ثم قال: ما كذب رسول الله ﷺ: «إنما يسلط الله على ابن آدم من خافه ابن آدم، ولو أن ابن آدم لم يخف غير الله لم يسلط الله عليه أحدا، وإنما وكل ابن آدم لمن رجا ابن آدم، ولو أن ابن آدم لم يرج إلا الله لم يكله الله إلى غيره». [أبو القاسم الختلي في «الديباج»، الحكيم، «الضعيفة» (3226)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, bahawa beliau telah keluar dalam suatu permusafiran. Tatkala beliau sedang berjalan, tiba-tiba terdapat suatu golongan sedang berhenti. Maka beliau bertanya: “Ada apa dengan mereka?” Mereka menjawab ada seekor singa di atas jalan yang menakutkan mereka. Lalu Ibn Umar turun daripada haiwan tunggangannya kemudian berjalan menuju kepada singa itu sehingga beliau memegang telinganya lantas berkelahi dengannya. Kemudian beliau menampar belakang tengkuknya dan menghalaunya daripada jalan. Kemudian Ibn Umar berkata: “Rasulullah ﷺ tidak menipu (apabila baginda bersabda): Sesungguhnya Allah memberikan kekuasaan ke atas anak Adam itu kepada sesiapa yang ditakuti oleh anak Adam. Sekiranya anak Adam itu tidak takut kepada selain Allah, Allah tidak akan menguasakan sesiapa pun ke atasnya. Hanya sanya anak Adam itu diserahkan kepada orang yang diharapkan oleh anak Adam. Sekiranya anak Adam itu tidak berharap melainkan kepada Allah, Allah tidak akan menyerahkannya kepada selain Allah”. [Riwayat Abū al-Qāsim al-Khuttālī dalam al-Dībāj dan al-Ḥakīm dalam Nawādir al-Uṣūl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3226].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs