Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يبغضُ ثلاثةً: الغنيَّ الظَّلومَ، و الشَّيخَ الجَهولَ، و العائلَ المختالَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah membenci tiga golongan: Orang kaya yang zalim, orang tua yang jahil, dan orang miskin yang sombong.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis no. 74. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله يبغض ثلاثة: الغني الظلوم والشيخ الجهول والعائل المختال)). [طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1805)]
(Terlalu Daif) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah membenci tiga golongan: Orang kaya yang zalim, orang tua yang jahil, dan orang miskin yang sombong. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1805]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman