Tidak ditemui dengan lafaz ini

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah membenci suami yang suka menjatuhkan talak

Teks Bahasa Arab

حديث: إن الله يكره الرجل المطلاق.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya Allah membenci suami yang suka menjatuhkan talak.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak ditemui dengan lafaz ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 56, hadis no. 109. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أعرفه كذلك.

Al-Sakhawi berkata : Aku tidak mengetahui lafaz seperti itu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.