Sesungguhnya Allah membenci seorang yang kedekut semasa hayatnya, namun pemurah ketika kematiannya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يبغض البخيل في حياته، السخي عند موته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Ta‘ālā membenci seorang yang kedekut semasa hayatnya, namun pemurah ketika kematiannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis nombor 742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ الله تعالى يبغضُ البخيلَ في حياته، السَّخي عندَ موتِه)). [الخطيب في ((البخلاء))، ((الضعيفة)) (7092)]

(Palsu)
Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta‘ālā membenci seorang yang kedekut semasa hayatnya, namun pemurah ketika kematiannya.
[Riwayat al-Khaṭīb dalam al-Bukhalā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7092]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs