Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ تعالى يَبغضُ البخيلَ في حياتِهِ، السَّخيَّ عندَ موتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Ta‘ālā membenci seorang yang kedekut semasa hayatnya, namun pemurah ketika kematiannya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis no. 742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ الله تعالى يبغضُ البخيلَ في حياته، السَّخي عندَ موتِه)). [الخطيب في ((البخلاء))، ((الضعيفة)) (7092)]
(Palsu) Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta‘ālā membenci seorang yang kedekut semasa hayatnya, namun pemurah ketika kematiannya. [Riwayat al-Khaṭīb dalam al-Bukhalā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7092]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman