Perawinya tidak bersendirian
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ يَكْرَهُ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُخَطَّأَ أَبُو بَكْرٍ فِي الأَرْض.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah membenci perbuatan menyalahkan Abu Bakar di muka bumi.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ibn al-Jawzi (m. 597H)
Status
Perawinya tidak bersendirian
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
معَاذ بن جبل «إِنَّ اللَّهَ يَكْرَهُ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُخَطَّأَ أَبُو بَكْرٍ فِي الأَرْض» تفرد بِهِ أَبُو الْحَرْث ذَاهِب الحَدِيث قلت هُوَ من رجال ابْن مَاجَه وَلم يتفرد بِهِ ابْن مَسْعُود.
Daripada Muaz bin Jabal: “Sesungguhnya Allah membenci perbuatan menyalahkan Abu Bakar di muka bumi.” Abu al-Harth telah meriwayatkan hadith ini secara bersendirian. Beliau adalah orang yang kehilangan hadith-hadith riwayatnya. Saya katakan: Abu al-Harth adalah salah seorang perawi Ibn Majah. Beliau tidak bersendirian meriwayatkan hadith ini kerana ada riwayat daripada Ibn Mas’ud.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman